Pages

Friday, August 6, 2010

~~FingerPrint~~

Assalamualaikum w.b.t..
Dari info Majalah i ke Blog Juz Story-Telling...
khusus untuk tatapan smua..huhu=))

Jom sama-sama kita hayati.,,


Pengenalan Diri Dalam Cap Jari

Ketika Tuhan menyatakan dalam Al-Quran bhw amat mudah bagi-Nya untuk membangkitkan manusia selepas kematian ,cap jari manusia secara khusus ditekankan:

"Apakah manusia mengira bahawa kami tidak akan mengumpulkan (kembali)tulang-temulangnya?.Bahkan,sebenarnya Kami berkuasa untuk menyusun (kembali) jari-jemarinya dengan sempurna".
(surah Al-Qiyamah;3-4)

Kepentingan dalam cap jari mempunyai pengertian yg istimewa. Ini adalah kerana set cap jari setiap orang adalah unik bagi dirinya..Setiap orang yang hidup atau yang pernah hidup di dunia ini mempunyai satu set cap jari yang unik
Ini adalah sebab mengapa cap jari diterima sebagai satu bukti penting pengenalan diri,yang ekslusif kepada pemiliknya, dan digunakan untuk tujuan pengenalan identiti di seluruh dunia.
Apa yang lebih penting ialah ciri-ciri cap jari ini baru ditemui pada akhir kurun ke-19.
Sebelum itu, manusia menganggap cap jari ialah satu lengkungan yang biasa tanpa sebarang kepentingan atau pengertian yang spesifik.

Nevertheless, dalam Al-Quran, Tuhan mengisyaratkan cap jari, fakta yang tidak menarik minat siapa ketika itu,dan menarik tumpuan kita kpd kepentingannya.-satu kepentingan yang baru difahami hari ini..

~Wallahualam~~